Saturday, April 9, 2011

| Remy ishak BERCINTA??!! |

Assalammualaikum,

tajok nak gelabah kan?! hahahahha jangan panik~ just a film review..last friday,cik gula gi tengok wayang ngan membe cik gula.kitaorang layan citer melayu bertajuk CUN! pergghhhh~ dari tak bape nak minat remy ishak..skang da ley jatoh cinta siot! layan jugak citer nie...kalo nk tawu psl pe citer nie..layan review kat bawah sat k! ;) pe pon cik gula bagi 4/5 bagi filen CUN lakonan remy ishak & maya karin (i love u sista~) hehehehe btw,lam citer saya nak katekan bahawa lakonan semua org sgt bagos,tapi paling menyentuh pasaan adalah watak MANIS,siyes maw nangis seh tgk dia~sebab sangat tacing.wuwuwuwuuw~ :( congrats sebab bejaya bawa watak MANIS dengan baek! 
*sapa nama betol nya pon saya lupa..huhu


Filem Cun, a must watch film for this year! Aha, bukan senang kami nak lafazkan kata-kata pujian seperti ini. Biasa’lah, rata-rata tahu kenakalan kami dalam sound tepek selebriti atau pun filem. Namun, sekali lagi kami nak cakap, kau memang kena tonton filem Cun.
Daripada 5 bintang, kami berikan 4.5 bintang kepada pengarah, pelakon serta krew-krew produksi. Apa yang ada dalam 4.5 bintang, akan kami dedahkan selepas ini. Sebelum itu, kami nak cakap yang kami ni bukan’lah mahir sangat dalam sudut teknikal filem. Kami macam anda, penonton biasa. So, anggap sahaja review kali ini daripada mata otak penonton biasa.
Filem Cun mengetengahkan genre romantik komedi yang didokong oleh pelakon-pelakon popular seperti Remy Ishak (Atan), Maya Karin (Luna), Faezah Elai (Tom), Jehan Miskin (Ryan Hidayat), Kartina Aziz (Tok Chah), Mislina Mustaffa (Bedah Tonggek), Siti Nor Faridah (Eton Gebu) & Nadia Nissa (Manis).
Jalan cerita filem Cun agak stereotaip, but that’s why people enjoy watching them! Luna, merupakan seorang selebriti popular telah lari daripada hiruk pikuk kota ke sebuah kampung di pedalaman Kedah bersama pembantu peribadinya, Tom. Luna menemui jejaka kampung, Atan & berlakulah kisah suka duka di antara mereka. Voila, mereka bercinta. Pendek kan sinopsis kami? Okay, jangan marah, baca sinopsis penuh filem cun. 

Sweet, sangat sweet. Bayangkan jejaka kampung bercinta dengan gadis bandar. Remy Ishak & Maya Karin berjaya membawa watak masing-masing sebagai pasangan yang datang daripada 2 dunia berbeza, tapi telah menjumpai persamaan di antara mereka. Lakonan berkesan terutama babak dalam parit air, apabila Maya Karin tertusuk duri ikan keli. Remy Ishak kemudiannya mengambil jari Maya Karin & menyedut bisa ikan keli tersebut. Apa lagi, tak keruan penonton dibuatnya. Sweet sangat!
Kami paling tabik spring pada Kartina Aziz yang membawa watak Tok Chah. Serius, apabila tiba babak sedih, Kartina Aziz membawa watak tersebut dengan penuh emosi. Timbul juga rasa sebak dalam hati, eh ada taman dalam hati pula. Sebagai seorang nenek, Tok Chah banyak memberikan nasihat kepada Atan supaya merebut cinta Luna dengan bersikap lebih gentleman.
Suasana kampung, serta riuh rendah sesebuah keluarga benar-benar dipaparkan dalam filem Cun. Atan sebagai abang yang sulung mengetuai keluarga dengan bekerja sebagai petani. Bersikap tegas, namun ada lembutnya. Walau bagaimanapun, Atan seorang yang selalu cakap lepas, namun dia cepat reda. Sikap tanggungjawab Atan dapat dilihat apabila Manis, adik kepada Atan menghilangkan diri kerana dimarahi oleh Atan. Atan cuba mencari Manis, malah meluahkan rasa kasih sayangnya kepada adiknya di tepi parit air. Mujurlah, Luna tahu tempat persembunyian Manis.
Satu lagi pelakon yang berjaya menjiwai watak ialah Faezah Elai. Membawa watak sebagai Tom, dia merupakan gadis yang agak kasar, selalu bertelagah pendapat dengan Atan. Kami mendapati, Tom merupakan penyeri, pemecah lawak di panggung. Kepekatan dialek Kedah yang dibawa oleh Tom benar-benar mencerminkan suasana para penduduk di Kedah.

*credit info from oh!bulan 

 -kembang yang comel- hehe :P

 -scene yang syiok dilayan- hehehehe :P

 -remy ishak & maya karin terbaekkkkkkkkkk~- :)

CG : macam syok jer naek kerbau,rase nk naek plak! heheh :)

No comments: